MENU 10 RAMADHAN 1441H

MENU 10 RAMADHAN 1441H - Assalamualaikum wbt. Pagi tu Mama dah rebus tulang guna pressure cooker. Rupanya Mama nak buat Mee Rebus Tulang Johor. Lepas rebus tulang, Mama terus je buat kuah. Untuk yang tak tahu, Mee Rebus memang sedap bila makan dengan kuah yang dah lama masak. Sebati gittew.



Antara bahan sampingan untuk dimakan dengan Mee Rebus Johor,  ni biasanya kita makan dengan cucur jintan, tauhu goreng, sawi, taugeh, telur rebus, cili hijau, limau kasturi, daun sup dan bawang goreng, Sepatutnya ada daun sup tapi Mama lupa beli.

Untuk cucur jintan, bahannya cuma tepung gandum, jintan kasar,  serbuk kunyit, sedikit garam dan air. Bancuhan ala-ala cair je gitu. Lepas tu, goreng tepi-tepi kuali, bilas-bilas cucur dengan minyak panas. Haa siap. Dah tu, potong-potong atau kepak-kepak je.



Puasa memang rasa tak lengkap tanpa kuih muih. Mama buat Donat Gula Gebas, dan aku pula buat Pau Sambal guna doh donut Mama tu. Memang gebu betul Pau Sambal aku tau. Plus, Mama uli doh guna tepung roti + tepung gandum. Ratio aku tak tahu, tapi memang gebu Donut Mama kali ni.


Buah kat rumah ni memang Mangga je.  Buah ni rupa macam Harum Manis tapi dia rasa macam buah Kuini. Aku rasa ini buah Mangga jenis Hybrid. Senang cakap, buah mangga kawin la. Sedap juga. Aku memang penggemar buah Kuini.

Itulah menu best aku pada 10 Ramadhan. Yang 11 Ramadhan Mama tak masak. Tunggu next entri, okay?

The writer,
Auni Muthal'lib




Post a Comment

0 Comments