MENU 11 RAMADHAN 1441H

MENU 11 RAMADHAN 1441H - Untuk 11 Ramadhan ni memang simple gila. Mama cuti masak. So Mama suruh je order Mc'Donald. Macam tahu je aku memang mengidam Chicken Foldover tu. Ya Allah... sedapnya !

Masing-masing order makanan masing-masing lah kan? Aku post harini makanan yang aku order je. Ini termasuklah Chicken Foldover, Nasi Lemak Mc'D dan Chocolate Banana Pie.


Aku memang mengidam juga dengan Nasi Lemak Mc'D ni tapi aku terkilan dengan Mc'Donald Rawang. Terkilan sangat-sangat. Firstly, Nasi Lemak TAK ADA AYAM. Second, NASI MENTAH. Seriously aku memang sangat terkilan. Mujur aku beli Chicken Foldover tu. Terpujuk sikitlah rajuk aku tu. Kah !



Dessert, ada Mangga dengan Talam Ubi. Kau jangan gelak tengok Mama punya Talam Ubi. Biasalah kuih Melayu ni kalau kita jarang buat, jarang nak menjadi, lebih lagi kuih talam. Rasa dah sedap cuma bahagian bawah dia sedikit keras + lembut. 

Kira tak sekata lah. Aku makan je, sebab talam ubi memang favourite aku. Sayangnya aku tak boleh makan banyak. Sejak ada Thyroid problem ni, dada aku cepat masuk angin kalau makan ubi-ubi semua ni.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments