MENU 12 RAMADHAN 1441H

MENU 12 RAMADHAN 1441H - Family aku ni kalau bulan puasa, memang berselang seli makan. Harini nasi, esok makan benda lain. Seterusnya macam tu juga. Jadi, pada 11 Ramadhan tempoh hari, Mama ada beli pes sambal ikan bakar dari kawan dia.


Mama masak Ikan Talapia Goreng curah Pes Sambal yang dia beli tu. Sedap juga uolsss. Aku asyik korek sambal tu je makan dengan nasi. Gambar ni memang berminyak banyak. Dah nama pun sambal kan?



Abah aku memang tak makan ikan, jadi Mama juga buat Ayam Goreng Berempah. Biasanya kalau ada ayam goreng, mesti regu dengan Kobis Masak Kicap. Kesayangan aku pula jenis tak boleh makan nasi kering, haaa senang laa... Kita curah je kuah kicap ni atas nasi dia. Settle.


Beli juga Murtabak. Tapi Mama cakap, Murtabak dia rasa roti telur. Memang less inti ya. Mujur aku tak suka Murtabak, so aku memang no comment laa pasal Murtabak ni.


Dessert pula, kami makan Buah Mangga je. Mangga ni aku rasa memang kegemaran Mama kot. Sebab mostly kami akan dihidang dengan buah mangga. Aku pun suka mangga ni sebab rasa buah kuini.

The writer, 
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments