MENU 13 RAMADHAN 1441H

MENU 13 RAMADHAN 1441H - Ada masa, memang kita malas nak masak beria sangat kan? Walaupun nampak tak beria, tapi aku nampak Mama masak tetap beria-ria. Kau bayangkan dia masak Roti Jala bergulung-gulung.


Dah macam nak buat kenduri tengok Mama punya Roti Jala. Mama tolong menjala, aku yang tolong gulung. Kesian pula tengok Mama buat kerja seorang diri kat dapur. Aku bukan taknak tolong awalnya, tapi badan aku kan jenis cepat letih. Tapi aku lawan juga demi Mama... Haaa gittewww


Apalah erti Roti Jala andai dimakan kosong? Jadi Mama masak pula Kari Ayam. Nikmat mana lagi yang kau ingin dustakan? Aku ni sebab tak boleh makan banyak je. Kalau tak aku bedal berketul-ketul. Dah lah badan makin kurus ni. Tapi kalau makan banyak, aku sebu tau.


Mama dari hari apa tu dia memang mengidam Ayam Golek Bt.16. Jadi beli juga lah ayam golek. Diorang delivery je dekat rumah. Yela, musim PKP ni kan? Mama hanya keluar untuk beli barang masak je. Kalau nak makan benda lain, harap delivery lah.


Untuk dessert, Mama buat Kuih Lopes. Betul tak aku kata? Mama jenis tersangatlah beria. Puas aku cakap jangan masak banyak, but knowing Mama, dia memang suka memuaskan perut seisi keluarga, walaupun kami-kami ni bukanlah jenis manusia yang makan banyak.

Mama ohhhh Mama.................

The writer,
Auni Muthal'lib 



Post a Comment

0 Comments