MENU 14 RAMADHAN 1441H

MENU 14 RAMADHAN 1441H - Welcome to Restoran Sarina Chan~tik ! Hahahhaa ! Waktu sahur tu Mama tanya aku, kalau masakan cina, sayur nak masak apa? Aku blank, aku jawab je lah taugeh. Lepas tu Adib pula sokseksoksek dengan Ain, cakap Mama nak masak Chinese Food. Suprise sangat tau !


Masa aku dialisis, aku sempat tanya Mama menu untuk berbuka. Dalam hati aku memang sangat berharap Mama masak Steamed Tofu. Alhamdulillah, Steamed Tofu ada dalam menu Mama. Aku makan banyak sampai lupa Tofu itu sejenis soya. Pesakit Tiroid sepatutnya tak boleh ambil apa-apa berasaskan soya tau. Tapi aku cheat lah sebab bukan selalu pun aku ambil makanan berasaskan soya ni.


Cantik sarang Butter Prawn Mama kan? Aku rasa macam cantik sangat-sangat tau. Nak makan pun sayang. Kali ni Butter Prawn Mama memang sedap. Puas sangat kami makan. Mama guna Udang Harimau. Haaaa memang gaya makan restoran sangat.


Lauk Daging pun ada. Tapi aku tak makan pun. Sejenis aku memang tak reti makan atas pinggang penuh semua lauk. Aku ambil yang mana aku nak makan je. Kira extra main course je lah daging ni. Mama masak Daging Blackpepper. Adik-adik semua puji sedap.


Ikan pun ada ya uolssss. Ikan Siakap Masak Steamed bersama Asam Boi. Haaa panjang benar  tajuk. Tapi ikan ni dah lari konsep Chinese. Dah ala-ala mix Thailand pula. Hentam je la. Ni pun aku tak makan. Is cakap sedap, yela dia memang suka ikan siakap.


In the end, inilah dia sayurnya. Sayur Pakchoy dengan Cendawan, siram dengan sos kicap pekat. Haaa penuh dengan kicap je. Memang aku betul-betul cheating day masa 14 Ramadhan haritu. Aku berselera makan lepas beberapa lama tak lalu nak makan nasi. Alhamdulillah.

The writer,
Auni Muthal'lib



Post a Comment

0 Comments