MENU 15 RAMADHAN 1441H


MENU 15 RAMADHAN 1441H - Mama masak Kuah Lodeh dan juga Kuah Kacang untuk makan dengan Nasi Himpit. Ada juga kenal nasi himpit ni sebagai ketupat ataupun lontong. Kami kalau panggil kombinasi Kuah Lodeh dengan Nasi Himpit ni adalah Lontong.

Masa aku nak post makanan Lontong ni dekat Facebook, aku berkira-kira. Risau jika ada yang komen tentang Phosphate, Potassium dan sebagainya. Sebagai pesakit Kegagalan Buah Pinggang, memang dinasihatkan tidak mengambil makanan yang tinggi Phosphate dan sebagainya.



Tapi aku bukan jenis yang makan banyak pun. Aku makan ala kadar je. Kalau nampak banyak pun sebab gambar closeup. Aku jenis makan sikit je. Kadang malas nak layan komen orang yang asyik ingatkan aku tentang apa kandungan dalam makanan aku makan. Aku terasa.


Karipap Frozen ni Mama buat banyak haritu so kita buat frozen. Keropok Lekor pun Mama buat sendiri - first trial. Cuma keras sikit, mungkin sebab Mama goreng lama. Everything's good. Sedap je di tekak aku.


Buah yang tak pernah jemu nak makan. Mangga perisa Kuini. Buat sambal pun sedap ni. Cuma yang ni ada masam-masam sikit. Mungkin tak cukup masak lagi. Dah banyak biji mangga yang terkumpul sebab adik ipar aku Ain, suka sangat simpan biji mangga. Hasil nak buat kudap-kudapan kononnya.

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments