MENU 16 RAMADHAN 1441H


MENU 16 RAMADHAN 1441H - Asalnya aku beli ikan dori sebab saja nak makan goreng begitu aje. Tapi sebab Mama semalam tak berapa nak ada idea masak apa, so, Mama masak ikan dori. Biasalah kalau selalu kat rumah, ikan dori buat masak Sweet Sour aje.

Lepas tu ada Telur Masin yang Mama beli dekat Rembau dengan Sayur Campur. Kuih pula berasaskan ubi keledek lebih buat kuah lodeh tempoh hari. Mama buat Cucur Badak dengan Kuih Che Mek Molek.

The best part, aku tak makan nasi pun. Aku dok pulun makan kuih je. Selera tak berapa nak ada sangat semalam. Mungkin aku terlalu letih dialisis.

Tiba-tiba je aku rindu dengan Bihun Goreng kafe hospital. Haha !

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

2 Comments