MENU 7 RAMADHAN 1441H

MENU 7 RAMADHAN 1441H - Assalamualaikum wbt. Selamat berpuasa semua. Pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa. Untuk seminggu ni, aku hanya kecundang satu hari je . Biasalah, pesakit Kegagalan Buah Pinggang macam aku, ada masa memang tak boleh berpuasa. Kena tahu diri, tak boleh paksa.

Sepanjang bulan puasa minggu ni, memang Mama je yang masak. Aku bukan taknak masak, tapi disebabkan Abah lebih memilih air tangan Mama, maka aku mengalah. Haha alasan... tapi betul, Abah hanya makan ayam goreng aku buat je.


Asam Pedas Senangin


Kangkung Goreng Telur


Ikan Siakap Goreng (Dengan Telur Ikan)


Hati Goreng Kunyit


Tauhu Berlauk

Semalam Mama masak Asam Pedas Ikan Senangin. Awalnya Mama minta aku asingkan, letak kimchi dalam Asam Pedas. Tapi akibat kemalasan, aku makan jela Asam Pedas yang Mama buat tu.



Selain Asam Pedas, Mama juga masak Kangkung Goreng Telur, Ikan Siakap Goreng, Hati Ayam Goreng Kunyit, dengan Tauhu Berlauk bersama Sambal Kicap. Memang bulan puasa ni Mama suka mewahkan kami dengan makanan.

Alhamdulillah syukur. Harini makan apa? jengjengjeng... tak tahu. Nanti aku update ekk..? Thanks sudi baca.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments