MENU 8 RAMADHAN 1441H

MENU 8 RAMADHAN 1441H - Assalamualaikum wbt. Lambat sikit aku update menu 8 Ramadhan haritu. Agak kelam-kabut. Mama masak simple je 8 Ramadhan haritu. Walaupun simple, tetap alhamdulillah, meriah mewah. Disamping itu, aku ada buat Prawn Dumpling. Alkisah tekak teringin.

Selain itu, aku buat dessert Popia Pisang. Kuih lain termasuklah karipap frozen yang Mama buat. Haaa kan kata, walaupun simple, tetap meriah tau !

Kuew Tiaw Goreng

Prawn Dumpling

Popia Pisang

Aku bertungkus lumus nak siapkan dumpling haritu. Dengan budak Umar dok nak bermanja lah apa lah. Sampai luka-luka tau tangan aku. In the end, siap juga dumpling aku. Bila aku rasa dumpling aku buat tu, rasanya lebih menjurus pada dimsum. Kulit instant ni lagi bagus buat dimsum je sebenarnya.

Dah potpetpotpet pasal aku buat dumpling, aku baru teringat, Mama ada buat air sedap. Air cocktail uolssss. Dua jenis ; 1 ada susu, 1 versi berkarbonat.

Cocktail Bikarbonat

Cocktail Susu

Bersyukur aku sebab Mama ni kalau nak bagi makan kami satu family, memang beria. Haaa~ nanti aku story morry kisah 9 Ramadhan pula ye. Nak tolong Mama kat dapur sat ~ bye !

The writer,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments