MENU 9 RAMADHAN 1441H

MENU 9 RAMADHAN 1441H - Assalamualaikum wbt. Hari Sabtu haritu aku dialisis. Tapi aku dah janji dengan Mama aku nak masak. Well, balik dialisis biasanya otak aku bengong sikit. Badan aku jenis tak larat mana pun. Mama pun dah cakap tak payah masak, tapi aku degil.

Ayam Masak Lemak Cili Api

Ayam Masak Lemak Cili Api ni aku masak sebab adik aku, Yah yang request. Dia suka sangat dengan aku punya Ayam Masak Lemak, Dia cakap aku punya masak lemak ni pekat. Dia suka. Sampai meratah, lepas tu sakit perut. Lepas sakit perut, aku pula yang dipersalahkan. Hampehhh

Balik dialisis tu aku rehat kejap lepas tidurkan Baby Umar. Lepas tu aku struggle juga lah nak bangun. Dengan belikat belakang aku sakit. Rasa give up je nak masak, at last, aku berjaya juga masak.

Telur Masak Lemak Cili Api

Mama pula buat Telur Masak Lemak Cili Api untuk Abah memandangkan Abah tak makan Ayam Masak Lemak. Haaaa~ tu pasal aku tak rajin sangat nak masak, sebab Abah jenis banyak benda tak makan. Bab ikan pun dia tolak awal-awal kecuali ikan sardin.

Ikan Goreng

Bendi Rebus

Sambal Kuini

Selain itu, Mama buat juga Ikan Goreng dengan Bendi Celur. Cadangnya nak buat Bendi Goreng Belacan tapi aku dah penat sangat nak potong-potong bendi tu, lastly celur je la. Regu pula dengan Sambal Kuini.

Buah Kuini ni ambil depan rumah je. Hasil tanaman arwah Makcik Lela jiran sebelah rumah dulu. Kami dulu berjiran memang baik. Bulan puasa pun saling beri memberi. Allahu... aku rindu saat bertukar-tukar juadah ketika bulan puasa. Semua itu tinggal kenangan dan nostalgia je.

Kek Pisang

Untuk moreh, Mama buat Kek Pisang. Pisang kemain banyak kat rumah, so Mama buat kek je la. Mama memang suka baking. Alhamdulillah moist je.

Itulah kisah makan-makan 9 Ramadhan. Aku nak continue kisah 10 Ramadhan semalam. Sedap weh Mama masak. Enjoy sangat aku makan.

The writer,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

1 Comments

  1. sambal kuinin tu bahaya tau. dia boleh lajak nasi 3 pinggan hahahha

    ReplyDelete