SALAM 1 SYAWAL 1441H - BIAR RAYA PKP, KASIH SAYANG TETAP ADA...


SALAM 1 SYAWAL 1441H - BIAR RAYA PKP, KASIH SAYANG TETAP ADA... - Assalamualaikum wbt. Dah lama sangat aku tak menulis entri. Aku sangat sibuk campur letih campur jadi babysitter Umar. Entahlah, lately aku jadi terlalu letih sampai jadi terlalu malas. Mata aku cepat mengantuk.



Apa khabar dengan Syawal korang? Korang beraya di rumah atau ada juga ziarah mana-mana? Aku? Dekat rumah mertua je. Awalnya Mama ajak aku pergi rumah Atok. Tapi disebabkan dekat rumah Atok terlalu ramai, aku tak berani ambil risiko. Almaklum, aku autoimmune rendah, sama macam Is.

Aku memang nak duduk rumah je, tapi disebabkan Mama Nora dah lama tak jumpa anak-anak, jadinya Is pun ajak aku beraya dekat rumah Mama Nora di Ampang.


Sementara tu aku nak cerita, malam raya tu aku tak tidur sebab Umar meragam. Dia nak berkepit dengan aku je, taknak dengan Abah Ibu dia. Jadi aku pun tidur dalam pukul 2:00am. Aku dah janji dengan Mama, pagi tu nak tolong Mama prepare makanan.

Dalam lalok-lalok pagi raya tu, aku dah bangun tolong Mama. Memang dah jadi tradisi keluarga kami, pagi-pagi raya mesti kena ada Laksa Johor. Di samping itu, ada juga Rendang Tok. Yang tak tahu, Rendang Tok jenis kering dan hitam serta tak pedas dan ada sedikit rasa manis.


Adib beli Lemang Bakar dekat area rumah dia. Aku yang memang setiap tahun kena ada Lemang Periuk Kera yang aku beli dekat Ampang. So far memang yang aku beli ni agak puas hati. Dan Mama, memang setiap tahun Hari Raya, Mama akan buat Ketupat Daun Palas.


Haaaa cakap pasal kek. Mama buat Kek Buah, Kek Coklat dengan Kek Tornado. Kau rasa? Gigih kemain Mama aku ni. Tak kenal erti penat. Padahal Mama survive dengan satu buah pinggang je tau. Tapi dia punya aktif tu, lain macam. Jenis tak reti duduk diam,  kecuali kalau dia terlalu penat.




Sebelum kami makan, kami menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Alhamdulillah, inilah kali pertama aku menunaikan solat Aidilfitri. Selama 30 tahun hidup, aku tak pernah lagi tau. Jadi, aku bersyukur sangat tahun ni ada pengalaman macam ni. See, ada hikmah juga bila PKP/PKPB ini dijalanankan. Selepas solat, Abah bagi khutbah pendek, bermodalkan batang kayu langsir, sejadah dan iron board.


Selepas dah settle semua, apa lagi, Mama pun rushing suruh bersiap-siap untuk bergambar. Part bergambar ni lah moment paling best. Dah setiapkali bergambar ni, aku akan jadi sebak. Takut jika ini yang terakhir. Entahlah, tahun ni aku rasa lain sangat. Perasaan sayu here and there.


Tahun ini juga aku happy sangat dapat beraya dengan mertua. Entahlah, aku punya low-self esteem sangat tinggi. Aku selalu rasa rendah diri dengan mertua. Cuma tahun ini aku kuatkan hati jadi diri sendiri. Cuba mix-around. Bayangkan dah 7 tahun aku kahwin, aku masih tak jumpa chemistry aku dengan in law. Mungkin aku insecure.

Sedih je adik ipar yang bongsu kena berkurung dekat Sarawak. Jadi tak cukup corum. Memang jarang kami dapat kumpul complete semua ahli.

By the way, Mama Nora masak Rendang Daging Pedas Cili Api, Ayam Rendang dengan Butter Prawn. Haaaa~ Di hari raya dapat makan Butter Prawn. Tapi memang sedap. Mama Nora punya air tangan ni memang sejenis campak-campak pun sedap. Hahahha ! Lama tak makan masakan air tangan dia.


Last but not least, SALAM AIDILFITRI 1441H dari aku, Auni Afiqah Muthal'lib dan keluarga buat korang, sahabat aku semua. Maaf Zahir dan Batin andai ada terlanjur kata, termaki termengumpat termengata. Aku manusia, ada tak puas hati, terlanjur cakap juga.

Tahun ini mungkin tak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Tapi, hikmah dari PKP/PKPB ini adalah, kami sekeluarga dapat berjemaah bersama, malah menunaikan solat raya bersama.

Moga kita menjadi lebih dan lebih baik dari sebelumnya. Aku tutup tirai untuk 2 Syawal ini. Sekian kisah 1 Syawal dari aku. Lambat update, badan aku terlalu letih :)

Love,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments