SINOPSIS NASI KERABU UNTUK CHE ABE (TV3)


Saksikan drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang telah disiarkan di slot Akasia pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 7:00malam. Dibintangi oleh Izzue Islam dan Elisya Sandha sebagai watak utama.

JUDUL : NASI KERABU UNTUK CHE ABE
EPISOD : 13 episod
HARI/MASA :  Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SLOT : Akasia TV3
PENGARAH : Heykal Hanifah
PENERBIT : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna, Syainie Shuhaimi, Neera Azizi, Radhi Khalid, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusoff, Danny X-Factor



SINOPSIS NASI KERABU UNTUK CHE ABE

Mengisahkan tiga orang gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' iaitu Shira, Yana dan Zetty. Mereka adalah antara gadis-gadis yang cantik di kolej. Masing-masing terpegun dengan Faizul seorang lelaki kacak dan menarik dan merupakan pelajar Master.

Tapi, ketiga-tiga gadi ni mula hilang mood bila dengar Faizul bercakap dialek Kelantan agak pekat. Faizul tidak pandai bercakap dialek KL walaupun Arman, sahabat baiknya mengajar dia berkali-kali. Walaupun berbeza jurusan, namun Arman dan Faizul sama-sama suka berbisnes dan mencari duit.



Sungguh begitu, cara mereka berbisnes masing-masing berbeza. Faizul suka menjual secara bersemuka tapi Arman lebih suka menjual secara atas talian. Macam-macam yang dijual oleh Arman.

Shira, Yana dan Zetty tiggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. Mereka bertiga terkenangkan Faizul. Mereka memikirkan macam mana mereka nak mungkir janji yang dah dibuat.

Post a Comment

0 Comments