HAPPY 7TH ANNIVERSARY AUNI DAN ISKANDAR !!!

HAPPY 7TH ANNIVERSARY AUNI DAN ISKANDAR !!! - Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sesungguhnya Allah Taala itu adil, dan sesungguhnya dengan meminta keredhaan-NYA juga, cinta kami berputik hingga kini. Permulaan kami tidaklah begitu cantik perjalanannya, tetapi kerana niat ingin kekal berpaksi Allah Azza Wajalla, alhamdulillah, 7 tahun bersama tanpa sedar.


Jujurnya, aku bukan sejenis yang meminta-minta. benda mewah. Sebab aku tahu, kami bukanlah orang senang. Cuma kali ni, sehari sebelum anniversary kami, awal-awal aku cakap --- "Abang buatlah surprise, bagi bunga ros ke apa..."..

Sehingga tiba-tiba juga aku baru sedar, tiada guna hadiah bunga yang sudah tentu-tentu layu. Jadi, aku cuba minta emas.

Aku tahu, suami dah lama pasang niat untuk hadiahkan aku sebentuk cincin. Sebab kali terakhir aku pakai cincin adalah masa awal kahwin dulu. Akibat desakan hidup, aku gadaikan satu-satunya cincin yang melambangkan pernikahan kami. Tuhan je tahu perasaan aku ketika itu.


Mungkin di pandangan mata orang lain, nilainya cuma sekelumit. Tapi bagi aku, nilai sebentuk cincin yang aku sarung ini tinggi nilainya. Ianya lambang kasih sayang suami aku, kepada aku, isterinya. Terima kasih tidak terhingga wahai kekasih hatiku.


Selepas beli cincin, kami makan di Suki-Ya. Favourite suami, aku ikutkan je. Aku bukan boleh makan steamboat-steamboat ni, nanti aku cepat haus. Tapi Suki-Ya punya broth ni memang sedap-sedap. Aku lupa diri asyik hirup dia punya broth tu. Oh ya, Gyoza dia pun sedapnya ya ampun.......


Aku percaya, setiap kesulitan, Allah Taala akan gantikan dengan kesenangan. Jujurnya, aku masih lagi bukan kategori 'senang', hidup pun masih menumpang. Tapi aku bersyukur, Allah Taala berikan rezeki lebih pada suami. Syukur Alhamdulillah.

Aku tak mungkin lupa saat kami bersusahan, mengutip syiling yang terbuang, berkongsi makan demi kelansungan hidup, bergadai sana sini.

Apapun, doakan kejayaan kami berdua. Banyak onak yang kami tempuhi untuk sampai ke tahap sekarang. Masih lagi berjuang supaya dapat mencapai goals kami untuk MEMILIKI RUMAH, insyaAllah.


Happy Anniversary yang ke-7 tahun, Sayang.
Terima kasih atas segala pengorbanan yang dicurahkan.
Kita berdua tidak sempurna, tapi kita cuba menyempurnakan.
Kita berdua tidak sempurna, tapi kita cuba melengkapkan.

Terima  kasih sudi bertahan dengan sikap ini, 
Yang sentiasa kebudakan, adakala garang tidak memasal. 
Kau tetap teguh mengangkat martabat aku sebagai seorang isteri.

Semoga Allah Taala meredhai hubungan kita,
hingga ke Syurga-Nya.

I love you forever and ever.
You will never been replaced.

#stillcounting

~ 28 June 2020 ~

Post a Comment

0 Comments