JOM TAPAU ! DI WOOD & STEEL CAFE KOTA DAMANSARA



JOM TAPAU ! DI WOOD & STEEL CAFE KOTA DAMANSARA -  Mungkin orang  yang berminat dengan seni dan perabot, tidak asing lagi dengan kafe berkonsepkan 'kayu dan keluli' ini. Kafe ini telah membawa nama 'Wood & Steel'. Lihat saja nama, kita dah terbayang kayu perabot, kan?



Wood & Steel Cafe adalah gabungan idea dari dua beradik yang berkemahiran dimana salah seorangnya adalah pereka kreatif perabot, manakala adiknya merupakan seorang barista.


Muncul idea untuk menggabungkan kedua elemen ini dan menggabungkan galeri / kafe di mana semua barang yang dipamerkan di kedai dijual : mulai dari bangku, meja kopi, hingga lampu yang membolehkan pelanggan menikmati kopi segar mereka sambil bersantai menikmati perabot dan kesenian yang ada di kafe.

Mereka menawarkan pelbagai jenis makanan termasuk sarapan pagi, kopi dan pencuci mulut yang enak untuk dinikmati. Ya Allah, kalau tengok menu dia, telan air liur je aku. Especially sandwich & coffee. Dua perkara ni memang sentiasa bahagiakan aku.


Disebabkan sejak Covid-19 menyerang Malaysia, jadi kita tidak digalakkan untuk berkumpul dalam sesebuah kedai, mahupun kedai makan. Tidak digalakkan bukan bermaksud korang tak boleh langsung makan di kedai, cuma, kena ikut rules lah ya?

Jadi, Wood & Steel Cafe yang memahami kehendak pelanggan dan situasi sekarang, kini telah buka ruang untuk korang take-away aje. Atau nak senang faham, JOM TAPAU ! Dekat bawah ni antara menu-menu yang boleh korang pesan.







.
.
.
.
CARA BUAT PESANAN?
.
.
.
.

Mudah kan bila korang boleh pesan, kemudian ambil je pesanan korang dekat kedai. Dah ambil tu, balik makan santai je dekat rumah. Ingat tau, sentiasa jaga jarak sosial antara kita. Kalau dah boleh TAPAU, kenapa nak berkumpul ramai bersesak-sesak kan? Jom doakan Covid-19 pergi tak akan kembali.

Jadi, untuk korang yang lapar sangat-sangat tapi teringin nak rasa makanan dari Wood & Steel Cafe, jangan segan silu buat pesanan tau. Dibawah ada Website atau IG untuk korang cuci mata.


WOOD & STEEL CAFE

  


Post a Comment

2 Comments

  1. Tgk herga ok ok jugak tu. Tmpt pun ekskkusif.

    ReplyDelete
  2. Pernah cuba makanan di restoran ni..semua sedap dan harga juga berpatutan.

    ReplyDelete