SINOPSIS UNTIL WE MEET AGAIN | HANGGANG MAKITA KANG MULI (TV3)

SINOPSIS UNTIL WE MEET AGAIN | HANGGANG MAKITA KANG MULI (TV3) - Jangan lupa menyaksikan drama telenovela menarik ini di TV3, jam 3 petang. Telenovela ini menggantikan drama Love And Defiance.


JUDUL : HANGGANG MAKITA KANG MULI (UNTIL WE MEET AGAIN)
EPISOD : 93 episod
HARI/MASA : Setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang
SLOT : Telenovela TV3
PENGARAH : Laurice Guillen
PELAKON : Bea Binene, Derrick Monasterio, Raymart Santiago, Angelika Dela Cruz, Ina Feleo, Kim Rodriguez, Rita Avila, Ramon Christopher Gutierrez, Luz Valdez, Marco Alcaraz, Jak Roberto & Shyyr Valdez

SINOPSIS UNTIL WE MEET AGAIN

Odessa, seorang gadis yang mengalami penyakit mental sangat obses dengan Larry. Ini kerana wajah Larry seiras bekas kekasihnya, Anton.

Oleh kerana Odessa terlalu obses dengan Larry, dia berniat merosakkan hubungan Larry dengan Evelyn. Odessa merancang  menculik dan mengurung Ana Issabelle, anak Larry dan Evelyn di gudang yang terbengkalai.  Ana kemudian membesar dengan anjing dan menyebabkan dia bertindak seperti binatang.


Namun dia berjaya melarikan diri dari gudang itu dan bertemu dengan Calvin Manahan, seorang pelajar psikologi yang penyayang. Sementara itu, Evelyn telah lama berpisah dengan Larry dan mencuba untuk memaafkan Larry atas kehilangan Ana dan mengakibatkan hidup mereka tidak sebahagia dulu.

Bagaimanakah dengan nasib Ana? Dapatkah dia bertahan di dunia yang bukan dunianya sedari kecil? Adakah dia akan pulang ke sisi keluarganya? Dan adakah harapan untuk Evelyn dan Larry memeluk anak perempuan mereka lagi?

Post a Comment

0 Comments