12 JULAI 2020 : SELAMAT TINGGAL ABAH, BUAT SELAMA-LAMANYA

12 JULAI 2020 : ABAH MENINGGALKAN KAMI SEKELUARGA SELAMA-LAMANYA - Assalamualaikum wbt. It's hard for me to write this entry. Aku kumpul sepenuh kekuatan untuk abadikan kisah pemergian Abah di dalam entri ini.  Alhamdulillah, aku makin kuat dan semakin immune hidup tanpa Abah disisi.


Bila aku post Abah meninggal dunia, ramai kawan-kawan yang Whatsapp. Boleh kata, siapa saja yang kenal Abah, akan tanya macam mana Abah boleh meninggal, sedangkan kami sekeluarga waima Abah pun, tak pernah bagitahu yang Abah sakit.

YES, ABAH MEMANG TAK SAKIT.
Atau, mungkin Abah sengaja tak mahu kami tahu, dia sakit.

Aku selalu perasan, Abah sakit dada. Tapi bila sapu minyak angin, sakit dada Abah hilang. Cuma seminggu sebelum Abah pulang ke rahmatullah, Abah banyak kali mengadu dia penat.


11 Julai 2020 (Sabtu) : Abah , Mama dan Aboy balik ke kampung kami di Trong, Perak. Niat asalnya ingin menziarah Maktok dekat sana, sebab Maktok sakit. Maktok merupakan adik kepada arwah Opah aku.

Semuanya baik-baik saja. Tiada tanpa apapun. Abah siap buat video Mama petik belimbing buluh yang merimbun dekat kampung sana.

Pada hari kejadian juga, aku sempat buat video sedikit motivasi untuk orang-orang yang tengah down. Tiada apa yang aneh pada hari itu.


12 Julai 2020 (Ahad) : Aku begitu excited untuk hadir ke seminar Mary Kay. Seminar bermula jam 11:00 pagi. Aku target pukul 10:00 pagi dah keluar rumah.

Sementara itu, Aboy sempat send gambar dia, Abah dan Mama dalam whatsapp group.  Namun langsung tiada senyuman dia wajah Abah :(

Entah kenapa,  semasa bersiap ke seminar, tiba-tiba semuanya jadi kelam kabut. Semuanya serba tak kena. Tapi aku langsung tak fikir apa-apa yang buruk. Jam tunjuk pukul 10:25 pagi ketika itu. Masa tu aku dah mula bersiap nak keluar rumah.

Telefon aku berbunyi, aku tak sempat nak jawab. Tiba-tiba telefon Is pula berdering dan aku perasan, Aboy yang call. Suara Aboy agak kuat, dia cakap Abah dah nazak sebab kena heart-attacked !

Guess what? Aku ingat Aboy drama lebih. Aku sound Aboy, siap cakap, Abah just kena heart-attack, insyaAllah Abah akan okay.

Hati aku berbelah bahagi sama-ada nak teruskan pergi ke seminar ataupun balik ke Taiping ada disisi Abah. Tiba-tiba Adib call, cakap dia nak balik Taiping juga. Aku terus decide nak follow. Dengan hanya bawa diri sendiri tanpa kain baju, aku dengan Is terus bergerak menghala ke Taiping.


Dalam perjalanan, tiba-tiba aku dapat Whatsapp. Kakngah Farah bagitahu yang Abah sudah tiada T_T ! Aku umpama fantasi dan realiti masa tu. Antara nak percaya dengan tidak. Tak... tak mungkin Abah dah tak ada. Abah masih ada !

Beberapa minit kemudian, baru aku sedar akan ketiadaan Abah di dunia ini lagi. Aku meraung sekuat hati. Aku peluk Is sekuat hati. Badan aku menggigil. Aku rasa lemah sangat-sangat.

Aku cuba call Mama. Suara Mama tenang sangat masa tu. Mama cakap pada aku, jangan menangis, jangan meraung. Kesian pada Abah.

Tapi aku tak mampu.
SUMPAH BERAT SANGAT KEHILANGAN YANG ALLAH BAGI KALI INI.

1 jam sebelum Abah pergi, Abah sempat mencipta secebis memori. Seperti tahu dia akan pergi :( Allahuakbar !!!

Mama suruh aku berpatah balik rumah. Mama cakap, dia akan bawa Abah ke Rawang sebab itulah yang keluar dari mulut Abah --- "Nak balik Rawang"....

Adib call aku. Kami berdua tak mampu menahan sebak dan sedih. Berita pemergian Abah betul-betul menghiris jiwa kami adik-beradik. Kosong.

Aliah dari Rembau, bergegas balik ke rumah. Aliah call aku, suara tenang. Namun dia juga menyimpan pelbagai rasa. Baru saja Abah hantar balik Rembau tempoh hari.


Jenazah Abah dimandikan dan dikafankan di Hospital Taiping dan disembahyangkan di Surau Ar-Radhiyah, Rawang. Semasa jenazah Abah sampai depan mata aku, kaki aku rasa tak mampu jejak bumi. Aku rasa terlalu lemah. Aku menangis beria-ria. Beratnya Ya Allah................

Selepas disembahyangkan, kami diberi peluang untuk menatap wajah Abah untuk kali terakhir. Aku peluk cium jasad Abah, Aku bisik pada Abah.... "Abah... Abah rehatlah. I will always miss you Abah..."

Terus aku teringat moment-moment indah dengan Abah, yang ketika itu meriba aku di hospital, yang bergurau berpelukan dengan aku 100 hari sebelum dia pergi. Sungguh. kehilangan Abah sangat berat untuk aku terima.

Tapi aku bersyukur, urusan Abah dari awal hingga akhir, semuanya dipermudahkan. Paling aku tak sangka, Abah yang nampak low profile, selepas pemergiannya, ramai bercerita kebaikan Abah. Allahuakbar... Ya Allah... moga ALLAH TAALA tenangkan Abah di alam kubur sana.


Abah... Rehatlah..
Abah sudah berpenat-penat di dunia ini,
sudah menahan sekelompok rasa yang tidak melepas pergi.

Abah.. Tenanglah..
Kami disini tetap merindui,
Abah sentiasa di hati kami,
TAK MUNGKIN AKAN ADA PENGGANTI.

Perginya Abah, umpama perginya separuh jiwa kami.

Kami sayang Abah.
Kami rindu Abah.

Tenanglah Abah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunilah dosa-dosa Abah kami.
Terimalah segala amal ibadah Abah kami,
Sayangilah Abah kami sepertimana Abah menyayangi kami,
Tempatkanlah Abah kami bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

****************
Sekelip mata, kami empat beradik bergelar anak yatim :)


Sebulan sebelum Abah pergi, kami sempat menyambut harijadi Abah yang ke-57 tahun. Abah nampak happy bila kami hadiahkan Smartphone padanya. Walaupun awalnya kami risau Abah marah, sebab Abah selalu tak bagi kami membazir.

SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU MAHA HEBAT.
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUN..

Selamat tinggal, Abah :')
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

- Auni Muthal'lib -
.
.
.
.

Post a Comment

1 Comments