SINOPSIS MAIN NAA BHOOLUNGI (TV3)

SINOPSIS MAIN NAA BHOOLUNGI (TV3) - Pejam celik je, cerita Salim Anarkali dah nak habis dah pun. Yang bakal menggantikan drama Salim Anarkali adalah drama berjudul Main Naa Bhoolungi, yang membawa maksud - "Saya Tidak Akan Lupa". Ianya merupakan judul drama bergenre Psikologi dan Thriller.



JUDUL : MAIN NAA BHOOLUNGI
GENRE : Thriller, Psiko
PENGARAH : Anil V. Kumar, Yash Chauhan
PELAKON : Aishwarya Sakhuja, Vikas Manaktala, Avinesh Rekhi, Nigaar Khan

SINOPSIS MAIN NAA BHOOLUNGI

Shikha Gupta adalah seorang wanita yang pandai dan juga berdikari.  Dia kemudian berkenalan dengan seorang ahli perniagaan bernama Sameer Verma, dan kemudian mereka jatuh cinta dan berkahwin. Mereka dikurniakan seorang anak.

Perkahwinan yang nampak sempurna itu rupanya tersimpan rahsia. Rupa-rupanya Sameer bukanlah seperti yang disangka. Sameer,atau nama sebenarnya Aditya Jagannath, mempunyai rancangan besar. Salah satu rancangannya adalah dengan mengahwini Shikha.

Main Naa Bhoolungi - Episode 139 - 22nd July 2014 - YouTube


Aditya cuba untuk membunuh Shikha dan menculik anak mereka, Manav. Shikha selamat dari percubaan pembunuhan itu dan dia mula bangkit dan berusaha menuntut untuk merampas kembali anaknya dari Aditya. Shikha juga mendapat tahu bahawa Aditya sudah berkahwin dengan seorang gadis bernama Madhurima.

Shikha mengubah namanya kepada Samaira Seth. Dia juga mengubah identiti menjadi seorang  anak perempuan kepada ahli perniagaan yang menetap di Switzerland, Encik Amrit Seth.  Dia kemudian menjadi duta untuk syarikat Jaggannath.

Main Naa Bhoolungi - Episode 148 - 4th August 2014 - YouTube

Dia berjanji akan mengambil anaknya semula dan membalas dendam dari Aditya Pada mulanya, Aditya berpendapat bahawa Samaira adalah Shikha dan memberitahu Madhurima bahawa Shikha masih hidup.  Namun Madhurima anggap perkara ini hanya sampah. 

Perlahan-lahan, Aditya dan Samaira saling jatuh cinta. Suatu hari, Aditya memberitahu Samaira tentang Shikha Gupta dan apa yang dia lakukan dengannya. Samaira mula merasa emosional.

Samaira dan Aditya segera berkahwin mengikut rancangan Shikha. Samaira membawa Madhurima dari hospital dan dia mula menyakitinya. 


Post a Comment

0 Comments