SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU (TV3)





SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU (TV3) - Assalamualaikum wbt. Salam Aidiladha.  Sempena Raya Aidiladha ini, TV3 menyajikan telefilem menarik dari pelakon-pelakon yang hebat.

JUDUL : PENCIPTA PEGANG WAKTU
HARI/MASA : Jumaat, 31 Julai 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Aidiladha)
IDEA ASAL  : Que Haidar
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Zainorhisyam Samudin
PRODUKSI : Primeworks Studios, Gambo.TV
PELAKON : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir. 


SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU

Hubungan Zakree (Zee) dengan abangnya Zaman dingin kerana Zaman berasa sangat malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'.

Zee sering dipandang serong kerana keperibadiannya yang lemah lembut. Dia mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung daripada ibunya.

Dia akhirnya membawa diri dan berhijrah ke bandar kerana mahu membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Di bandar, dia bertemu dengan pelbagai jenis orang di kawasan gelandangan. Di situlah dia belajar menghargai dan mendapat kasih sayang dari insan yang digelar Mama dan Aqish.


Post a Comment

0 Comments