SUNCARE TERBARU DARI MARY KAY, MEMENUHI KEHENDAK JENIS KULIT

SUNCARE TERBARU DARI MARY KAY, MEMENUHI KEHENDAK JENIS KULIT - Assalamualaikum wbt.  Ramai yang masih tak suka pakai Sunscreen sebab rimas. Antara yang tak suka pakai Sunscreen, adalah I sendiri. Honestly, I memang tak suka pakai sunscreen dulu. In fact, I memang tak tahu langsung tentang sunscreen tu WAJIB PAKAI.

Ye awak semua. Sunscreen sememangnya WAJIB DIPAKAI SETIAP HARI kalau awak-awak semua ni selalu mengadap matahari. Waima duduk dalam rumah pun, kena apply sunscreen. Especially kalau rumah jenis buka pintu, tingkap atau langsir. I serius tau.


SUNCARE TERBARU DARI MARY KAY

So, I nak share, dekat Mary Kay ada SUNCARE atau SUNSCREEN terbaru, yang akan memenuhi kehendak jenis kulit you all. Well, dalam Mary Kay ada banyak sangat jenis Sunscreen, tapi yang terbaru ni memang super-light, and baby 5 month and above pun boleh pakai tau ! And tak rasa lekit-lekit, semua boleh pakai :)

KEBAIKAN INVISIBLE UV DEFENSE LOTION SPF50+/PA+++
(UNTUK KULIT KERING)

Sunscreen Invisible UV Defense Lotion SPF50+/PA+++ ini direka khas untuk mereka yang mempunyai jenis KULIT KERING.

Ianya mengandungi ekstrak air dari pokok buluh Phyllostachys Bambusoides,  yang bertindak untuk memberi kelembapan pada kulit, malah membantu untuk menaikkan seri kulit. Oh ya, air dari pokok buluh ini juga mampu untuk mengurangkan kedutan di wajah tau !

Selain dari air dari pokok buluh, Chamaecyparis Obtusa atau dikenali sebagai Hinoki Oil, adalah bertindak sebagai ejen penenang yang mampu menenangkan disaat you all apply Sunscreen ini.

Bukan itu saja, ianya juga mengandungi Betula Platyphylla yang dapat mengurangkan keradangan, membersihkan, dan menghidrat kulit.

KEBAIKAN SHEER UV DEFENSE MILK SPF50+/PA+++
(UNTUK KULIT BERMINYAK & KOMBINASI)

Sunscreen SHEER UV Defense Milk SPF50+/PA+++ ini direka khas untuk mereka yang mempunyai jenis KULIT BERMINYAK DAN KOMBINASI.

Mengandungi Titanium Dioxide, iaitu bahan aktif yang ada di dalam Physical Sunscreen. Physical Sunscreen atau adakala dikenali sebagai Sunblock, biasanya sesuai untuk Acne Prone skin.  Bertindak sebagai perisai kulit. 

Juga mengandungi ekstrak tembikai atau Citrullus Lanatus yang berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit, melembabkan, dan mempunyai antioksidan untuk melambatkan tanda-tanda penuaan.

KENAPA KENA PAKAI SUNSCREEN?

Perlu pakai kerana sinar UV dari matahari tersangatlah bahaya pada kulit. Paling teruk, ianya mampu untuk mendekatkan you all dengan penyakit KANSER KULIT ! Takut kan? So, JANGAN ABAIKAN SUNSCREEN

MACAM MANA NAK PILIH SUNSCREEN?

Nak pilih Sunscreen pun perlu tengok jenis dan warna kulit tau.  Sun Protection Factor atau SPF,  perlu mengikut kesesuaian kita dan keadaan. Tak tahu nak pilih Sunscreen yang terbaik untuk kulit you all? I boleh tolong :)

Your truly Beauty Consultant,
Auni Muthal'lib


Post a Comment

0 Comments