1 OGOS 2020 | MY SECOND BABY... NUR AYRA...

1 OGOS 2020 | MY SECOND BABY... NUR AYRA... - Selepas pemergian Abah pada tanggal 12 JULAI 2020, Allah Taala gantikan dengan kehadiran Nur Ayra. Nur Ayra adalah my anak menakan selepas Muhammad Umar. Tapi, Nur Ayra punya jaundice lama juga. Hampir seminggu dekat hospital, baru dapat berjumpa.

Setelah lama berangan nak ada anak menakan perempuan, akhirnya Allah Taala makbulkan. Cuma I tak pegang sangat Baby Ayra ni, sebab aktif sungguh! Kalau Abang Umar dia. Mengeliat sana-sini. Tapi baguslah, semoga jadi seorang perempuan yang dapat protect diri dan keluarga bila besar lagi.

Berbeza dengan Umar, yang dari kecil, manja sungguh. Sampai dah besar ni pun, manja dia lain macam. Ayra ni pula, pegang sikit pun dia tepis. Haaa garang ke tak garang?

InsyaAllah, Bonda doakan Baby Ayra dan Abang Umar jadi anak yang soleh dan solehah. Yang sentiasa berhati baik, hingga akhir hayat kalian.

Love all of you :)

Post a Comment

0 Comments