KERANA MINDSET YANG TERLALU TAKUT, LELAKI INI MATI KESEJUKAN

KERANA MINDSET YANG TERLALU TAKUT, LELAKI INI MATI KESEJUKAN - Siapa percaya, MINDSET akan mempengaruhi hidup kita?  Kalau mindset kita sentiasa POSITIF, percayalah, apa saja yang kita lakukan, semuanya akan POSITIF SELALU. Begitu juga sebaliknya. So, I nak cerita kisah Nick Sitzman. Yang mati kesejukan kerana mindset beliau. Haaa... ready nak baca tak?



So, Nick Sitzman ini adalah seorang pekerja rel kereta api yang masih muda, sihat, dan kuat. Malah, dia seorang yang rajin bekerja dan mempunyai isteri yang sangat menyayanginya. Dia juga dikurniakan dua orang anak, dan mempunyai ramai sahabat.

Pada satu hari tu, kru keretapi diminta untuk pulang satu jam awal sempena ulangtahun kelahiran Nick. Semua pekerja dah balik, kecuali Nick. Sebab dia nak melakukan pemeriksaan terakhir pada gerabak keretapi tu. Secara tidak sengaja, Nick terkunci dalam sebuah peti sejuk. Oleh kerana Nick tahu tiada siapa disitu, Nick mula rasa panik.




Dia cuba untuk memecahkan pintu dan menjerit-jerit, hingga kepalanya berdarah malah suaranya mula serak. Namun malang nasibnya kerana tiada siapa yang mendengar.

Nick sempat berfikir, jika dia tidak dapat keluar dari peti itu, dia akan mati kebekuan disitu. Kerana dia rasa dia akan mati, dia menulis sesuatu di atas lantai kayu menggunakan sebilah pisau. Dia menulis --"Keadaan di sini sejuk sangat. Badan aku sudah mula tiada rasa. Kalau aku mampu tidur, ini mungkin pesanan terakhir aku.."



Keesokan paginya, para kru membuka pintu peti sejuk itu dan Nick sudah tidak bernyawa lagi. Autopsi menemui dan memperlihatkan setiap tanda tubuh Nick, menunjukkan dia mati kesejukan. Padahal, unit penyejuk itu tidak berfungsi.  Mereka berkata, Nick membunuh diri kerana fikirannya sendiri !


Macam tu lah juga diri kita. Jika kita tidak berhati-hati dalam menjaga mindset, secara tidak sengaja, kita mampu membunuh diri. Nick Sitzman, tidak mampu untuk mengawal fikirannya sendiri.

Jika kita tidak mampu mengawal mindset yang negatif, sedikit demi sedikit kita akan berdepan dengan kegagalan. Jika mahu lakukan sesuatu untuk berjaya, TERUSKAN. Jangan fikir. Kerana terlalu berfikir dan melayan mindset negatif, akan mematikan kita untuk terus mencapai impian kita.

Fikiran kita mengawal segalanya, dan bukan hanya kepercayaan, sikap, dan rasa hati kita. Fikiran sebenarnya mempengaruhi fizikal kita. Fikiran positif mempengaruhi tubuh dengan cara yang positif sementara pemikiran negatif - seperti kisah Nick Sitzman ini - Ianya mempengaruhi tubuh korang dengan cara yang negatif.

Gunakan akal fikiran yang Allah Taala bagi ni sebaiknya. Teruskan berfikir hal-hal yang positif saja.

Love,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

1 Comments

  1. Huishh boleh ye jadi gitu.. Kalau bab fikiran set negatif, negatif la jadinya.. Kalau positif, positif la jadinya

    ReplyDelete