RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH DAN SAMBAL BERAPI ALA-ALA KEDAI

RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH DAN SAMBAL BERAPI ALA-ALA KEDAI - Assalamualaikum wbt. Dah buntu sangat kan kadang nak masak apa? Apa kata cuba Ayam Kicap Berempah? Sebenarnya resepi ni adaptasi dari kedai famous, Tiga Budak Gemok. Tapi takdelah exactly rasa dia sama. Tapi sebab my husband suka, so I share je k?

Nak buat pula senang je, apa ada kat rumah je. Tiga Budak Gemok ada rasa halia dan rempah lain, I banyak kurangkan bahan. Sesuai mengikut citarasa tekak I. So, I regu Ayam Kicap Berempah ni dengan Sambal Pedas Berapi, also my resepi I main bedal je. 



RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH
Beberapa ketul ayam - Gaul dengan garam, serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung, goreng setengah masak, toskan

Bahan-bahan lain :
Bawang merah - mayang halus
Bawang putih - mayang halus
Daun kari
Serbuk kari ayam - bancuh dengan sedikit air
Kicap manis secukupnya
Air secukupnya (kalau nak berkuah)
Asam jawa
Kiub pati ayam

Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan daun kari. Tumis sehingga layu dan masukkan pes rempah kari. Masak sebentar, kemudian masukkan air, kicap, kiub pati ayam, dan asam jawa. Masak sehingga mendidih dan masukkan ayam. Biar sehingga ayam masak. Tutup api. Sedia untuk dihidang.


RESEPI SAMBAL BERAPI
Cili padi segenggam
Bawang merah 1 labu besar
Bawang putih 2 ulas
**Goreng bahan-bahan di atas**

Asam jawa (ganti dengan limau kasturi pun best)
Secubit garam
Secubit belacan
Secubit kiub ayam

Cara-cara :
Masukkan dalam lesung bahan-bahan yang telah digoreng tadi, kemudian masukkan, gula, belacan, kiub pati ayam dan asam jawa. Tumbuh hingga lumat dan sebati.

**I tak guna garam sebab belacan dengan kiub ayam dah masin**

Senang ke, senang sangat?? Okay uolsss ! Selamat mencuba !

Love,
Auni Muthal'lib

Post a Comment

0 Comments