SINOPSIS YEHH JADU HAI JIN KA! (TV3)

 


JUDUL : YEHH JADU HAI JINN KA!
GENRE : Drama, Fantasi, Percintaan
PENGARAH : Atif Khan
PELAKON : Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma, Smita Bansal, Sushant Singh, Garima Vikrant Singh, Arhaan Behll

SINOPSIS YEH JADU HAI JINN KA!


Aman Junaid Khan dan Roshni Ahmed adalah pasangan terpisah dan kehidupan mereka terhubung melalui takdir dan sihir.

Aman merupakan seorang pemerintah yang disumpah oleh kuasa gelap Jin, sementara Roshni adalah anak kepada seorang Tawaif, yang memiliki hati yang murni.

Parveen, ibu kepada Aman berada dalam keadaan bahaya akibat kuasa sihir dan hanya boleh diselamatkan jika Aman mengahwini seorang gadis yang berhati murni.

Salma, ibu angkat kepada Roshni, berpura-pura sakit demi mendapatkan wang. Perkara ini memaksa Roshni untuk berkahwin dengan Aman.



Namun, Aman menyangka Roshni berniat jahat dan melakukan semuanya demi wang. Roshni sudah mula jatuh hati pada Aman tapi dia sangat terluka dengan cara Aman melayannya.

Kabir, Abang kepada Aman, ingin membunuh Aman. Namun diselamatkan oleh Roshni dan akhirnya Roshni mati. Aman menyedari dia mula menyimpan perasaan pada Roshni.

Menggunakan ilmu hitam, Kabir kembalikan Roshni dan berniat memisahkan Aman dan Roshni.Dia memadamkan semua memori Roshni bersama Aman.


Post a Comment

0 Comments