HINDI MOVIE | SINOPSIS FILEM MOM : IBU TIRI YANG SANGGUP MATI


HINDI MOVIE | SINOPSIS FILEM MOM : IBU TIRI YANG SANGGUP MATI - Haaa, selalu kita tengok atau dengar golongan mak-mak tiri yang jahat. Tapi berbeza ya dalam filem Mom ini. Aku suka betul dengan lakonan Sridevi. Aku sempat juga layan filem ni sampai dua kali.  Aku jadi obses dengan jalan cerita dia.

Filem ni release pada tahun 2017. But well, filem-filem genre macam ni mungkin tak dapat tempat sangat di hati penduduk Malaysia, so tak pernah tahu kewujudan cerita ni. Sampailah Mama pasang Netflix. Ketagih terus aku nak tengok filem Hindi. Okay malas bebel dah, jom baca sinopsis.


JUDUL : MOM (2017) HINDI MOVIE
GENRE : Thriller, Drama
PELAKON : Sajal Ali, Sridevi Ji, Nawazuddin Siddiqui, Akshaye Khanna

SINOPSIS FILEM MOM (2017)

Mengisahkan Devki yang akan menuntut keadilan buat anak tirinya, Arya, yang telah dilanda kemurungan selepas diperk*sa secara ganas oleh sekumpulan pelajar kaya. Devki  telah meminta bantuan dari seorang detektif untuk membalas dendam.

ULASAN/REVIEW FILEM MOM (2017)

Awalnya filem ni menunjukkan seorang Guru Biologi, iaitu Devki, merupakan seorang yang sangat tegas. Tapi di rumah, dia juga merupakan seorang ibu tiri kepada student dia, Arya. Juga merupakan seorang isteri dan ibu yang penyayang.

Arya memang tak boleh terima Devki ni sebagai mak dia. Dia tak mampu langsung panggil Devki sebagai "Mak" walaupun Devki ni cuba sehabis baik layan kehendak dia.

Tapi semua itu berubah lepas tragedi yang berlaku pada Arya. Selepas insiden yang berlaku, Arya tidak mendapat keadilan dan Devki yang awalnya merupakan seorang yang tegas dan teguh pendirian, bertukar menjadi seorang yang sanggup langgar undang-undang.


Dalam filem ni, aku paling menunggu karakter lakonan Nawazuddin Siddique yang membawa watak sebagai 'DK' atau Daya Shankar Kapoor, iaitu seorang detektif persendirian.

Bagi aku, watak 'DK' ini agak cemerlang dan meruntun emosi aku bila dia bukan saja memegang watak sebagai detektif, tapi juga sebagai bapa.

Watak Akshaye Khanna tidak begitu menyerlah dalam filem ini. Dia merupakan seorang pegawai polis bahagian siasatan tapi aku geram sebab dia buat kerja macam slow pada awalnya. But ended up, baru nampak dia cekap sikit. But still, dia hanya menyerlah di akhir-akhir filem je.


MY POINT OF VIEW : 

Dari filem ini, aku boleh nampak bahawa naluri seorang ibu itu tidak mengenal erti anak sendiri, anak angkat ataupun tiri. Seorang yang bergelar ibu adakala akan bertindak luar dari kewarasannya demi seorang insan bergelar anak.

Pengarah berjaya membuat airmata aku menitis semasa babak terakhir. Haa kenapa? Korang layanlah dekat Netflix. Walaupun genre filem ini lebih pada thriller, ada babak yang bermain dengan emosi.

RATING : ⭐⭐⭐⭐⭐ Sebab bagi aku overall filem ni cukup segala perisa. Cuma tak ada adegan cinta je. Asyik cinta je pun boring juga kan? Watak Sridevi sebagai Devki memang hidup as we know, Sridevi adalah pelakon yang sangat berbakat.

Rest in Peace, Sri Devi Ji.


Post a Comment

0 Comments