ANHAR AL-DHEEK DIBEBASKAN DENGAN SYARAT IKAT JAMIN RM50,000 LEBIH

 Assalamualaikum wbt.

Sebelum ini, kecoh dimana-mana media sosial tentang seorang ibu sarat mengandung di Palestine, Anhar Al-Dheek yang telah menjadi tahanan Israel.

Hak Asasi Kemanusian telah berhabis-habisan menggunakan hashtag #SaveAnhar. Anhar ditahan tentera Israel selepas didakwa cuba melakukan serangan tikaman di sebuah penempatan Israel yang dibina berhampiran bandar yang didiaminya, lima bulan lalu.

Bukan saja orang Islam, malah sesiapa yang ada perikemanusian, akan sedih dengan keadaan Anhar. Dia sarat mengandung namun tangannya digari.

Namun, pihak berkuasa Israel memutuskan untuk membebaskan Anhar al-Deek dengan wang jaminan 40 ribu shekel atau kira-kira RM52 ribu. Anhar juga turut dikenakan syarat untuk ditahan di rumah keluarganya setelah dibebaskan dari penjara.

Anhar yang berumur 25 tahun, kini sedang sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka melahirkan anak keduanya beberapa hari lagi.

Anhar tidak dibenarkan bebas oleh pihak berkuasa Israel sebelum ini dan sepatutnya melahirkan anaknya di dalam penjara tanpa kelengkapan perubatan yang cukup. Malah Isreal turut memutuskan Anhar bakal bersalin melalui kaedah pembedahan C-Section dalam keadaan tangan bergari.

Menurut laporan Quds News, Anhar yang juga merupakan penghidap bipolar dan dia merasa resah untuk melahirkan dan membesarkan bayinya dalam tahanan.

Bagi Anhar, penjara tempatnya ditahan bukan sahaja tak sesuai untuk bayi, malah tak layak dihuni oleh manusia.


Anhar pernah menulis sepucuk surat menyeru orang ramai agar bertindak dan menekan pihak berkuasa Israel untuk membebaskannya agar dia boleh melahirkan di luar penjara.

Berita tahanan Anhar telah mendapat perhatian dari banyak pihak di seluruh dunia. Pelbagai kempen giat dijalankan untuk pembebasan Anhar dan semua wanita yang berada dalam tahanan Israel.

Post a Comment

0 Comments